
“FASA 2010” , merupakan suatu ilham yang dicetuskan oleh Dekan dan juga semua pensyarah Jabatan Fotografi & Pengimejan Kreatif, Universiti Teknologi MARA. Pameran ini menggabungkan hasil kreativiti kesemua pensyarah dari 3 kampus yang berbeza, iaitu, kampus Shah Alam, Selangor, kampus Sri Iskandar, Perak dan juga kampus Alor Gajah, Melaka. FASA 2010 ini, adalah pameran pertama yang dianjurkan dan melibatkan kesemua pensyarah fotografi.
Dengan bertemakan pengalaman diri sendiri atau “Self Expression” pameran ini menjanjikan kepelbagaian konsep dalam pengkaryaan sesuatu karya tersebut. Turut disajikan juga adalah eksplorasi pelbagai medium seperti pengunaan kepelbagai kertas dan juga teknik lukisan pada gambar. Pameran ini diharapkan akan memberikan pendedahan serta kesedaran kepada para pengunjung, pemerhati serta pengiat fotografi dan juga para pelajar di negara Malaysia ini.
Website: www.PhotoFSSR.com/FASA2010