
Bersempena dengan sambutan Hari Hak Asasi Manusia Sedunia, SUHAKAM menganjurkan satu pertandingan fotografi berkonsepkan hak asasi manusia.
Pertandingan ini merupakan satu inisiatif supaya rakyat Malaysia dapat melibatkan diri dalam mempromosi hak asasi manusia serta menyampaikan hak asasi manusia dari perspektif mereka sendiri melalui foto.
Tema pertandingan ini adalah ‘Hak Asasi Manusia Dari Perspektif Anda’. Foto yang diambil hendaklah menggambarkan pelbagai aspek hak asasi manusia dari segi hak ekonomi, sosial, kebudayaan, sivil dan politik.
Pertandingan terbuka kepada semua warga Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.
Borang penyertaan terdapat pada link berikut yang boleh dimuat turun dan dicetak:
http://www.suhakam.org.my/pertandingan_fotografi_2010
Tarikh tutup: 30 November 2010

